(Sajak ini pernah disiarkan di dalam Majalah Obor Maktab Perguruan Teruntum,Kuantan 1991)
bermula di sini
sayangnya bila kenangan mengalir di mata
bukanlah semudah kata-kata melafazkan
setiap hadirnya mengenang
sayonara serata kesayangan
kuliah pensyarah dan diri yang kerap tertinggal
Kita akan sama-sama berangkat pergi
apa salahnya
tinggalkan kesayangan ini
dengan hati tenang fikiran matang
seiring restu pak guru
kiranya seperti itulah
harapan yang terberi
kita barisan pembangun ilmu
tetap menghanyutkan diri bila-bila
Taman kenangan MPT
kita bajai dengan praktik dan teori
berakhir di sini....
kitalah jua yang tetap pergi
sambil merelakan kenangan
kerap meninggalkan diri.
20.6.1991-Sri Damai
Sayangku 4 Minarizhil
Tuesday, 13 December 2011
Saturday, 3 December 2011
Cuti...
Selepas sebulan ini bertungkus lumus menyiapkan assignment, lega rasanya semua dah siap.alhamdulilah....kebetulan puteri sulung baru selesai SPM (ada orang nak bantu di dapur).aku berdoa ajelah semoga hasil kerja dan tugasanku diterima pensyarah dan mendapat markah yang baik.aminn....cuti masih belum diisi dengan lawatan kerana sibuk mengemas rumah,maklumlah baru berpindah...
Wednesday, 23 November 2011
Kembali ....
Setelah berbelas tahun, (sejak 1996) tinggal di Semenanjung Malaysia....akhirnya aku pulang ke pangkuan tanah kelahiran tercinta, Sarawak Bumi Kenyalang.Anak-anak pula terutama Dzahilmi dan Izzmi risau tak tahu bercakap bahasa Melayu Sarawak.Kata si adik." kan ke adik ngan acik org Johor?"....anak kecil begitulah.Dalam hatiku turut mengiyakan kerana babah awak memang org Semenanjung dan awak memang dilahirkan di Kluang, Johor..Mengakulah dari mana negeri pun...yg penting kita 1 Malaysia.Namun pada aku, faktor bahasa bukan perkara utama...banyak lagi yg perlu difikirkan termasuk lokasi sekolah baruku nanti.Perasaan masih sayu meninggalkan SKBA setelah 6 tahun bertugas di sana...
Saturday, 8 October 2011
KARYAKU SASTERA
Sajak : Menjulang Martabat Bahasa
Bertutur satu bahasa
Mengatur susur galur kehidupan
Menghimpun lara jiwa
Menghimpun rupa bangsa
Mewarnai kanvas mimpi yang kita lakar
ketika
Mentari merdeka mekar
Ada yang angkuh sombong
Junjung bahasa asing
Ada masih di sini
Setianya amat
Menegakkan tiang sastera
Memacakkan nama kita
Akulah warganya
Ada cita
Menjulang maruah bahasa
Ke puncak dunia
seridahlia/Ogos 11
Bertutur satu bahasa
Mengatur susur galur kehidupan
Menghimpun lara jiwa
Menghimpun rupa bangsa
Mewarnai kanvas mimpi yang kita lakar
ketika
Mentari merdeka mekar
Ada yang angkuh sombong
Junjung bahasa asing
Ada masih di sini
Setianya amat
Menegakkan tiang sastera
Memacakkan nama kita
Akulah warganya
Ada cita
Menjulang maruah bahasa
Ke puncak dunia
seridahlia/Ogos 11
Tuesday, 4 October 2011
Duniaku
| Datin Rakiah dan aku di Taman Sains SKBA |
| memandang jauh ke hadapan....selepas beraya |
| PLBS |
Tempat bertugas dan kawan-kawanku
SKBA....bakal terpahat namamu di hati....seribu kenangan mendewasakan, kadang-kadang menggelisahkan.Teman-teman setia di sisi...bersyukur.di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.Tatkala memandang langit tinggi kami tak lupa rumput di bumi.
Cahayamata Kesayangan & Kebanggaan
![]() |
| Bercuti di Kedah. |
![]() |
| Percutian Di Santubong Beach Resort |
Subscribe to:
Posts (Atom)


